Monday, March 28, 2011

Jangan ditangisi apa bukan milik kita..


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka jangan kita tangisi apa yang bukan milik kita!

Monday, March 21, 2011

@Ipoh Wedding Florina Cella & Bukit Merah..







Satu perjalanan yang panjang...Oh Tidakkkkk.....hahaha...Demi sahabatku Cik Cella...aku dan kawan2 meluangkan masa juga untuk ke majlis perkahwinannya..Noriah pun sanggup ambik cuti untuk join sekali...hahaha...
Perjalanan kami mengambil masa selama 2jam 30 minit untuk sampai ke Bandaraya Ipoh..Kami Singgah kat jusco untuk beli hadiah Cella dulu...Sampai kat dewan perkhawinan cella dalam pukul 2 petang..Alhamdullillah sebab sepanjang perjalanan kami berjalan dengan lancar...Takut jugak aku...sebab aku pun tak pernah lagi ke Ipoh..Perut dah memang tengah lapar...Makanan pun boleh tahan jugak...tapi aku makan sikit jer..takut sakit perut tengah jalan nanti...hihihi...pada cella & Faiz...Semoga berbahagia hingga akhir hayat ...dunia & akhirat....
Habis jer makan kami terus gerak...alang2 dah sampai perak..Kami pun jalan2 dulu kat Bukit Merah...Kononnyer nak tengok orang utan...hahahha...dalam hujan lebat...kami redah jer lah...basah pun basah lah...hahahaha...Sampai ader yang demam... J...tulah,nak sangat tengok orang hutan...Umur pun sama dengan orang hutan tu...hahahahha...lawak2..
Sebelum pulang ker putrajaya..Kami singah dulu kat Tapah untuk solat,makan2 & beli buah2 sikit...menarik jugak...Tapi aku tak beli banyak pun..sikit2 jer..Aku selamat sampai rumah dalam pukul 11.30 malam...Alhamdullillah...Sepanjang perjalanan kami dilindungiNYA...

Sunday, March 13, 2011

KORBAN CINTA!!!!!


Berangkat pergi biduk kukayuh...Sarat hati yang luka....Agar tak lebih menyakitkan....Jika masih di sini...Bukan cuba untuk melarikan....Dari kerumitan cinta...Tapi waktu ini perlu untukku...Mengupas segalanya...Kadangkala pedih kini mencabarku...Melupakan semua....Tapi persaan kasih padamu....Melebihi diriku....Tapi engkau bagaikan Tidak mengerti....Halangan cinta hanya kita berdua...Terpaksa aku pergi mencari....Kesilapan sebenarnya....  Mengalah bukan kalah...Pergiku bukan lari...Bukan mudah bercinta....Jika pengertian tak setaraf.....Menagih korban yang lebih dalam....