Thursday, December 29, 2011

Mai,Ema & Huda


Rindu pulak aku kat budak2 ni…selalunyer ada jer orang aku nak usik…dah 3 hari diorang takder…sunyi sepi jer..huhuhu..Walaupun 3 bulan jer diorang kat office aku ni tapi dah macam kenal lama..K.suzila mesti lagi terasa sedihnyer sebab 3 bulan diorang duduk serumah dengan die…Apapun semoga korang bertiga Berjaya kat luar dan jangan lupakan akak…Miss u all… ~Mai,Ema & Huda~

Wednesday, December 28, 2011

Bagan Lalang lagi... :)


Wahhhhhhhhhhhh....TERBAIKKKKK....Bagan lalang memang tempat makan yang terbaikkk...syokkk...Makan banyak pun tak per...ikan2 kat situ semuanyer segar2...Memang menyelerakan lah...hahhaha...aku ni memang suka citer pasal makan...Thank you pada Mr H sebab sudi bawak aku kat sini and belanjer makan sekali...aku ni bab2 makan memang tak tolak...huhuhu...

Ada orang dah tempah aku lagi nak makan kat sini ...memang aku tak tolak lah...Orang kata..'Rezeki jangan di tolak'...cume masa dan tarikh jer aku tak tetap kan lagi...huhuhu....

~Thank You ALLAH swt~ :)

Tuesday, December 27, 2011

Demam BUAH!!!!










Huhuhuhu….Memang bestlah…nasib baik tak demam sebab makan durian kat kampung…

Minggu ni kampung aku musim buah..ada durian,manggis,langsat & rambutan…Alhamdullillah..semuanya menjadi…Nasib baik minggu ni akak aku hantar balik putrajaya..dapat lah jugak aku bawak bekalan buah sikit untuk budak2 rumah aku…sampai padat bonet kereta akak aku…kalau lah ada lori…memang aku angkut semua buah2 kat rumah aku tu bawak balik…sambung makan kat putrajaya pulak…buah durian aku dapat tapau sikit jer untuk k.mizan dengan noriah…

Buat sahabat aku Cik Suzana yang kini berada di Terengganu…saya tak dapat nak simpan kan buah manggis untuk awak sebab takut busuk buah tu nanti…yerlah..orang tu kan cuti sampai tahun depan..huhuhu.. J

~Thank You ALLAH swt~

Tuesday, December 20, 2011

Dividen ASB 2011

Semua persoalan tentang dividen ASB 2011 telah pun terjawab malam tadi selepas diumumkan di berita...
Dividen 7.65 sen serta Bonus 1.15 sen....
Hmmmm....ada kenaikan pada Dividen dan penurunan pada Bonus dengan tahun lepas...

Apa2 pun aku tetap bersyukur dengan apa yang ALLAH swt telah tetap kan....

~THANK YOU ALLAH swt~

Friday, December 16, 2011

DIET!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Macam mana ni...semakin hari semakin selera aku makan...Badan pun dah semakin membesar dengan sihat..sekarang ni dah kena pakai baju yang besar2..hihihi...Senang hati kot....

Nasib baik lah balik kampung sebulan sekali..kalau tak ..memang asyik duk makan jer aku ni..Balik rumah akak aku kat setia alam pun sama...time tido jer tak makan..Biasalah masakan mak...Kadang2 tu sampai tak cukup...hihihi..

Kalau kat rumah aku ni pulak...lagi lah..pagi petang siang malam makan...lepas makan tido..semakin cepatlah badan aku ni mengembang...2 x 5 lah aku dengan suzana..k.mizan n noriah relax jer..hari2 ada azam nak diet tapi selalu tak kesampaian...asyik nak makan jer hati aku ni..

Minggu depan aku kena diet jugak..kena jugak!!!Kena tahan sikit tengok makanan...aku boleh!!Malaysia Boleh!!!

~BERSYUKUR DENGAN SETIAP REZEKI DARI ALLAH SWT....TERIMA KASIH ALLAH SWT.. ~

Thursday, December 15, 2011

Layannnn...


Tibe2 jer aku layan balik citer ni...Kenapa???sebab cerita ni lah yang paling banyak pengorbanan...Dan aku lebih suka watak kasyah dalam citer ni dari watak hariz dalam ombak rindu..,.Tapi pendapat masing2 lain...huhuhu...

Kenapa aku suka watak kasyah??sebab dia dari lelaki jahat dan berubah menjadi baik kerana cinta walaupun cinta dia tak kesampaian..kasyah tidak pun berubah ke perangai yang lama..Kesetiaan kasyah pada cintanya hingga akhir hayat...Citer ni pon dah lama..tak silap aku citer ni ditayangkan kat wayang tahun 2010... ost dalam citer ni pun memang  tersentuhlah...Memang best....Mungkin lelaki macam kasyah kat dunia ni dah kurang...yang sanggup berkorban,setia dan kelakar...huhuhu

Tuesday, December 13, 2011

NIKON 1 ...

Wahhhhhhhhh....hihihi....smart jugak...memang cun lah..sesuai dengan perempuan.huhuhu...Aku macam berminat jer...abis lah...Tapi kesian pulak kat Nikon D90 aku tu...macam mana ni?????Nak jual atau tak D90???Tak sampai hati pulak aku nak jual kat orang lain...Dah setahun setengah dia dengan aku...Tapi kalau tak jual..takkan sampai 2 kamera...aduiii....aku pun bukan nyer guna sangat pun...suka2 jer...Orang yang nak beli  Nikon D90 aku pun dah ada...tapi aku tak bagitau jawapan lagi nak jual atau tak??hmmmm

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu...


Haaaaaaaaa...akhirnyer aku dapat jugak tengok citer ni pada hari ke-10...Bukan senang nak dapat kan tiket citer ni...kerana nak sangat tengok citer ni..aku terpaksa daftar kat online semata mata nak beli tiket...salah satu kenapa aku nak sangat tengok citer ni..pertama,aku dah baca novel die..Memang tersentaplah bila baca novel ni..kadang2 boleh buat aku senyum sorang2..hihihi..Yang Ke-2..sebab terlalu banyak komen orang yang tengok citer ni kata best n boleh buat sampai menangis...paling hebat sekali bila Mat rempit boleh menangis tengok citer ni...hahahaha...macam2...

Tapi bila aku sendiri yang pergi tengok citer ni....haaaaaaaaaaaaaa.....Biasa jer..Tak hebat mana pun...Jauh beza dengan novel...Orang sebelah aku teresak esak menangis..aku macam pelik...kat mana citer ni sedih....Keluar wayang pun aku tengok ramai yang menangis...huhuhu

Aku,suhana N suzana rasa tak der apa2 pun..cool jer...paling kelakar orang sebelah suzana..pakwe nyer siap tolong kesat kan airmata awek nyer...Tapi pendapat masing2 & hati masing2...orang cakap aku ni hati kering..hahaha..dari 5 bintang aku bagi 3 bintang...Sebab aku suka pada watak Mila (Lisa Surihani)..Citer tu best bila watak dia ada jer...Lagu citer ni pon best jugak...

Kenapa aku suka watak Mila???Mila seorang yang berani dan kuat...Aku simpati pada mila dalam citer ni bukan Izzah...Mila yang banyak tertipu..Dan akhirnya Mila yang sanggup berkorban..Ramai perempuan nak suami macam hariz...tapi aku lebih suka pada Mail...kenapa??tengok lah sendiri cerita ni..huhuhu..Ada 2 ayat yang mila cakap aku suka dalam citer ni...Pertama..S**L...Perkataan ni mila cakap pada hariz...dan aku rasa macam puas hati bila mila cakap macam tu kat hariz...Kedua..'Untuk mencari kebahagiaan aku sendiri..aku akan sedaya upaya akan melupakan kau..'....ayat ni pun mila yang cakap pada hariz...hmmm...

Setakat ni jer yang boleh aku kongsikan dalam citer ni...Citer ni pun tengah panas lagi kat wayang...Penuh memanjang...Selamat Menonton...

Thursday, December 8, 2011

L.O.V.E

what's love??love is what make the world go round
love can lift you up, it can tear you down
love is a sweetest joy, the deepest pain
love id effortless, needs work to maintain
love can make you stupid, luv can turn you dumb
... make you forget where you at, where you come from
love it's a many splendid thing
love can be forever or just be a fling
love can began with a smile
love between a mother and her child
between siblings, love between friends
the power to heal hearts, to make amends
love filled with laughter, end in tears
fear can stop your love, love can stop your fears
love the one above, make you stand tall
one love, it's all love, love one, love all

Tuesday, November 29, 2011

Salam maal hijrah...~Kias Cinta~

Seandainya dunia tiada warna..tetap kan ku kagumi.. indah maya alam ciptaanNya.. kudratNya ku agungi..
Namun jalin warna zahirlah sang pelangi.. menyisih mendung menambat seri.. terbias semua cahaya.. nyata ilham di alam mimpi ..Betapa ku syukuri nikmatNya.. Ku pasti ...

Begitu kias cinta...hadir menghuni jiwa...menyatu sejuta rasa...kurnia penuh bermakna...tika dalam gelita...atau sepi kembara..dihadirkan rasa cinta..sisih segala duka...anugerah dariNya..hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan... tiada lain yang jadi rayuan...namun Dia Maha Mengerti..tak mampu insan bersendiri...menempuh dugaan yang menguji naluri..

Begitu kias cinta.. hadir menghuni jiwa..menyatu sejuta rasa..kurnia penuh bermakna..tak akan ku persia..limpah rahmat yang Esa..bagaikan jalinan warna yang menyulam cahaya..biasan kasihNya

Moga tak diuji asyik cinta duniawi..mengharap teduh redha Ilahi..kerna segala kurnia..hadirnya hanyalah pinjaman..sungguh ku syukuri kesempatan...bahagia..

http://www.youtube.com/watch?v=cevCHmIWrY4

Friday, November 25, 2011

DI ATAS SATU CINTA

NICE SONG

 http://www.youtube.com/watch?v=a0foD-1prbg

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta
 
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Saturday, August 20, 2011

20 RAMADHAN...

Assallammualaikum dan salam Ramadhan...

Hari ni genaplah 20 hari umat islam berpuasa dibulan ramadhan..Dan kita semua sudah hampir dengan 10 malam yang terakhir..Hmmmm...Cepat jer masa berjalan...dan hanya tinggal 5 hari jer lagi aku di putrajaya...hihihi...

Hari ni hanya aku n cik sue jer duduk kat rumah...K.mizan macam biasalah..balik ampang..Noriah pulak kerja petang minggu ni...Semalam kawan baik kami Keyra N Suhana datang rumah untuk bukak puasa bersama..huhuhu...best sangat...dan pagi tadi sempatlah mereka bersahur dirumah aku...siap gorengkan cekodok untuk makan sahur..huhuhu..Lepas sahur diorang ade hal masing2...Thanks Keyra N Suhana...i'm so happy n happy n happy n happy..hihihi...Terasa sunyi pulak bila diorang semua dah balik...

Malam ni adalah malam 21 kita semua menunaikan solat Terawih...hanya tinggal beberapa hari jer lagi...Semoga semua amal ibadat kita sepanjang Bulan Ramadhan diterima ALLAH swt....AMIN


Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/ mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi' (5472), ad-Dho'iefah (4404) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.

Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:
1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)
2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk
3) Tiada lontaran tahi bintang di langit
4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan
Kedua: Hadis riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.
Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:
5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah Malaikat yang turun ke bumi.

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Demikian tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W untuk mengenali Lailatul Qadar. Semestinya setiap ummat meninggalkan dongengan para agamawan yang mencipta dan menokok tambah sesuatu yang tidak ada asalnya di dalam agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah S.W.T memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang mencintai dan menghidupkan sunnah Rasul-Nya S.A.W.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ
الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ  سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ 
 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);S ejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[Surah Al-Qadr 97: Ayat 1-5]

Wednesday, August 17, 2011

La ilaha illa Allah..

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
Hes the Light of Heavens and Earth
Hes the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah 

Thursday, August 11, 2011

Rahmat 10 Ramadhan..

Hari ni aku nak cerita tentang 10 Ramadhan..Sebenarnyer aku nak berkongsi tentang Tazkirah yang ustaz berikan malam tadi sebelum menunaikan solat sunat terawih..

Semalam adalah 10 ramadhan persamaan 1/3 kita telah menunaikan ibadah puasa..Dan bila kita menunaikan ibadah puasa dengan sempurna hingga 1/3..ALLAH swt akan menurunkan Rahmat kepada kita semua yang telah menunaikan ibadah puasa dengan sempurna iaitu sepanjang kita menunaikan ibadah puasa kita melakukan ibadah yang lain jugak seperti mengaji,berzikir,bersedekah dan menunaikan solat terawih...dan banyak lagi pekara2 yang sentiasa mendekatkan kita dengan ALLAH swt..

Alhamdullillah..Sepanjang ramadhan ini,aku tidak ada sebarang halangan untuk menunaikan ibadah puasa dan solat terawih dengan  izin ALLAH swt...Dan aku berharap aku dapat meneruskan menunaikan ibadah puasa Dan Solat terawih tanpa sebarang masalah dan dugaan...AMIN.

*SEMOGA IBADAT PUASA KITA SEMUA DI BULAN RAMADHAN INI DIBERKATI ALLAH SWT*

Monday, August 8, 2011

Hanya DIA....



Duka derita duka laraku didunia..Tidaklah aku sesali juga tak akan aku tangisi…
Sesal kita apa pun yang ku rasakan dalam hidupku..Semoga tak membuatku kehilangan harga & maruah diriku..

Andaikan dunia mengusir aku dari buminya..Tak akan aku merintih juga tak akan aku mengemis…
Ketidak adilan yang ditimpakan oleh manusia padaku..Bukanlah alasan dan juga hak bagiku untuk membalasnya..

Hanya ku pinta..Tuhan menjadi sayang padaku…
Segala kehendak-Nya..Menjadi syurga bagi cintaku ..

Bukan kerana kata manusia yang ku ikuti..Tetapi pandangan Allah tuhanku yang kutakuti..
Adaku..tiadaku..semata-mata milik-Nya jua

Sunday, August 7, 2011

7 RAMADHAN.. :)


Assallammualaikum…Hari ni genaplah seminggu kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan..Dan alhamdullillah aku dapat menunaikan ibadah puasa dan solat terawih tanpa ape2 halangan…Alhamdullillah jugak sebab aku dapat menunaikan solat terawih dari malam pertama hingga malam ke7..Aku merasai ketenangan selepas menunaikan solat terawih pada malam ke-7…Dan malam ni adalah malam ke-8..Dan aku amat bersyukur kerana diberi merasai kehebatan bulan Ramadhan kerana di beri petunjuk dan ketenangan walaupun di beri sedikit ujian dariNYA…

Hari ni aku cume duduk rumah dengan Sue..K.mizan Balik ampang..Noriah pun balik kampung jugak sebab bercuti selama seminggu..Sunyi sikit rasanyer…hihihi…petang ni ingatkan nak masak…dah boring makan makanan beli jer..biasalah balik kerja…dah penat..huhuhu…macam teringin nak makan ikan siakap..hihihi..nak masak stim tak pandai sangat..so masak siakap masak sup jer..

Aku teringin nak pergi bazar ramadhan kat putrajaya…Tapi tak der peluang lagi nak ke sana..mungkin seminggu sebelum nak raya aku akan pergi..sebab orang dah tak ramai..insyaallah..

Sabda Rasulullah;
إنَّ للصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً ما تُرَدُّ
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa : Ketika waktu berbuka- Adalah diantara doa yang tidak akan ditolak." [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]..

Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)…


P/S: Semoga doa2 aku adalah doa yang dimakbulkan..Hanya ALLAH swt maha mengetahui segalanya…AMIN..



Friday, August 5, 2011

MUHASABAH CINTA



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN 2011...

Alhamdullillah...hari ni dah masuk 2 ramadhan..Dan hari ni aku baru berkesempatan dapat mengucapkan selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua Muslimin & Muslimat...Terutama kepada kedua ibubapa & Keluarga aku...

Tahun ni aku menyambut ramadhan kali 5 di putrajaya...huhuhu...cume beberapa kali jer dapat berpuasa bersama keluarga..1 ramadhan tahun ni aku amat down..aku tak dapat menghayati 1 ramadhan dengan ketenangan...Mungkin ini hanya ujian kecil untuk aku...Tapi selepas menunaikan solat terawih..aku dah dapat ketenangan semula dihati...Alhamdullillah...

Dan aku berdoa agar aku dapat meneruskan bulan ramadhan ini dengan kesihatan yang baik dan diberikan kekuatan metal dan fizikal agar dapat aku berpuasa & solat terawih dan menghayati Bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran dan dapat mendekatkan diri aku yang lemah ini dengan ALLAH swt...AMIN...

Monday, July 25, 2011

KISAH HATI....


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Tuesday, July 5, 2011

MY BIRTHDAY-04 JULAI…..





Alhamdullillah..allah swt masih panjangkan umur aku…hari ni genaplah umur aku 25 tahun…Dah tue pun…hihihi…

Aper pun aku bersyukur pada tuhan..sepanjang perjalanan hidup aku..DIA sentiasa bersama aku..Terima kasih sangat pada semua yang memberi ucapan di FB,emel,ym dan meseg di hp..Semoga ALLAH swt makbulkan semua doa2 yang baik untuk aku ..Tapi aku tak sempat nak baca semua meseg di hp..sebab aku dah off kan no hp..sekarang aku pakai no baru…Ini lah pekara paling susah untuk aku buat..Tapi aku kuatkan hati juga..Demi kebahagiaan aku..InsyaALLAH..
I asked for strength..and Allah gave me difficulties to make me strong..I asked for Wisdom..and allah gave me problems to solve..I asked for courage..and allah gave me obstacles to overcome..i asked for love..and allah gave me troubled people to help..i asked for favors..and allah gave me Opportunities..Maybe i received nothing i wanted..but I received everything i needed..

Thursday, June 23, 2011

HEART....(From a person for me)

Assallammualaikum...

Hari ni aku duduk rumah jer sebab semalam pergi klinik doktor bagi cuti..hmmm..dah seminggu aku tak sihat N semalam kali ke3 aku pergi klinik...Doktor cakap suhu panas badan aku tinggi sebab tu aku mengalami pendarahan..Harga semua ubat aku RM55 tapi dalam beg duit aku cume ada RM52 jer..hihihi..malunyer..Sue yang teman kan aku pun tak bawak duit..sebab nak cepat..tapi doktor cakap tak per...aku pun bayar duit yang ada jer..TQ doktor...


Semalam akak aku indah ader pesan..minum air kelapa dulu sebelum makan ubat..aku pun meseg seseorang tanya kat mana nak cari air kelapa..tapi die tak reply aper2 pun..tak per lah..salah aku jugak sebab meseg die jer..mgkin aku cume ingat die jer yang dekat dengan aku...Kalau aku meseg akak aku rina yang kat presint 11 atau kawan2 die..InsyaALLAH aku boleh minum air kelapa..Waktu sakit dan susah..barulah kita tau siapa ikhlas kawan dengan kita..hmmm...


Ahamdullillah..hari ni aku dah ok sikit sebab makan ubat malam tadi..pagi2 sue bagi meseg kat aku..'Cik ct,dah bngun blum?mkn la ubat tu.snyi umh kita awk dmam.hu3'..hahaha...lawaklah sue ni..tapi aku tak boleh nak reply sebab kredit tak der..aku memang dah tak tup up sebab dalam masa 2 mingu ni aku akan tukar no hp...hmmm..akak aku indah pun ader meseg tanya pasal kesihatan aku N tanya dah minum air kelapa?..tapi aku tak dapat nak reply jugak..'indah..aku dah ok sikit..air kelapa tak dapat..'...


Terima kasih jugak pada seseorang yang sentiasa bagi semangat kat aku dari dulu...Dan aku akan abadikan kata2 die dihati aku dan semua yang membaca blog ni... :)

HEART....(From a person for me)

 Semalam,hari ini dan esok tak pernah pun hilang dari hidup kita,meskipun semakin berjalan waktu,semakin jauhlah ia.Namun,bekas-bekasnya sentiasa ada...selagi kita bernyawa.Kita berada di sini...di tempat kita pada hari ini pun kerana peristiwa semalam...dan kita berada di mana-mana jua pada esok hari pun...kerana peristiwa hari ini..

Bila diri diuji,kembalilah kepadaNya....beristighfar,berdo'a kerana DIA Ya Mujib...panjatkan munajat cinta padaNyaYakinkan hati bahawa setiap ujian yang datang terselit hikmah di sebaliknya..


Bila terasa kehilangan,kembali pada diri.Mungkin kita terlalu ego atau ada membuat kesilapan pada seseorang....lalu ujian ini sebagai didikan untuk kita kembali menghayati diri sebagai seorang hamba.Mungkin pernah suatu ketika kita tak pernah menghargai anugerah yang sedikit,lalu kita diajarkan erti 'menghargai' melalui'kehilangan'.


Bila hati disakiti,jangan cuba lagi ke tempat yang boleh membuat jiwa terluka..cukuplah..jangan lagi ke tempat itu jika hati tak terdaya,kerana tak semua orang punya kekuatan hati untuk menghadapi semua itu.

Bila hati disakiti,berundurlah...dan jangan lagi hadir dalam hidup insan yang menyakiti hati kita,jika itu membuat jiwa terluka...cukuplah,pergi saja dan jangan datang lagi dalam hidupnya..kerana nanti bimbang jika hati terluka lagi..

Bila hati disakiti,carilah teman atau sesiapa saja yang mampu menenangkan jiwa dan membantu memotivasikan hati...sebaik-baik teman ialah yang membawa ingat padaNya sebab semua ujian,musibah itu datang daripadaNya dan kepadaNya jua kita kembali...semoga jiwa terubat dengan nasihat dan kejujuran mereka.

Tuesday, June 21, 2011

Mungkinkah 'Hatimu Milikku '??


Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini

Friday, June 10, 2011

A Shoulder To Cry On..


  • Life is full of lots of up and downs

  • But the distance feels further

  • When its headed for the ground

  • And theres nothing more painful

  • Then to let your feelings take

  • You down



  • Its so hard to know

  • The way you feel inside

  • When theres many thoughts

  • And feelings that you hide

  • But you might feel better

  • If you let me walk with you

  • By your side



  • And when you need

  • A shoulder to cry on

  • When you need

  • A friend to rely on

  • When the whole world is gone

  • You wont be alone

  • Ill be there

  • Ill be your shoulder to cry on

  • Ill be there

  • Ill be your friend to rely on

  • When the whole worlds gone

  • You wont be alone cause Ill be there



  • All of the times

  • When everything is wrong

  • And your feeling like

  • Theres no use going on

  • You cant give it up

  • Ill help you work it out

  • And carry on



  • Side by side

  • With you till the end

  • Ill always be the one

  • A shoulder to cry on continued



  • To firmly hold your hand

  • No matter what is said or done

  • Our love will always continue on

  • Everyone needs a shoulder to cry on

  • Everyone needs a friend to rely on

  • When the whole worlds gone, you wont be alone

  • cause Ill be there

  • Ill be your shoulder to cry on

  • Ill be there

  • Ill be the one to rely one

  • When the whole worlds gone, you wont be alone

  • cause Ill be there

  • And when the whole world is gone

  • Youll always have my shoulder to cry on

  • Thursday, June 9, 2011

    Epilog Noda Semalam,Kemanisan Taubat (Dari:I LUV ISLAM.COM)


    Aku berteleku mengingatkan dosa-dosa semalam.. Rentetan terlalu obses dalam mengejar syurga dunia, aku terhanyut dek arus kealpaan yang telah menukarkan peribadiku.
    Nilai sopan santun, budaya muslimah serta didikan agama yang dicurahkan oleh kedua ibu bapaku sudah tiada dalam kamus hidupku.
    Aku tidak pandai menjaga pergaulanku dengan kaum Adam. 2 tahun lepas aku seorang penuntut universiti awam terkemuka di Kuala Lumpur.
    Oleh kerana berasal dari kampung, aku bagaikan terkena kejutan budaya apabila melihat segala yang aku inginkan mudah diperoleh.
    Kisah hidupku berubah sejak aku mengenali Rizal. Dia mendekatiku dengan peribadi yang kononnya alim, sekadar ingin buat aku tertarik padanya.
    Betapa lemahnya aku pada waktu itu kerana terjerat oleh cinta lelaki yang hanya mahukan diriku dan saling bertanding dengan kawannya untuk mendapatkanku.
    Walhal aku seorang yang sangat berhati-hati dalam memilih pasanganku.
    Perkenalanku dengannya bermula apabila dia menulis nota ringkas untuk mengenaliku dengan lebih dekat. Dia juga sanggup menunggu sehingga aku habis belajar.
    Pada mulanya aku tidak layan namun hati yang degil tidak dapat menidakkan kehadirannya yang sedikit sebanyak memberi getar di hati ini.
    Tanpa aku sedari juga, dia turut mendapat nombor telefonku daripada sahabatku yang memudahkan laluannya. Aku yang tidak pernah mengenal cinta kaum Adam tertarik padanya buat pertama kali dalam hidupku.
    Dahulu aku sangat tidak suka orang yang bercouple, namun bila terkena batang hidung sendiri, barulah aku tahu betapa hebatnya dugaan dan hasutan syaitan yang inginkan kami terus-terusan berbuat maksiat.
    Masa berlalu dengan pantas, perkenalan yang pada mulanya berasaskan isu Islam, semakin hari semakin melencong kearah maksiat.
    Di samping menceritakan agama, tanpa aku sedar, dia turut menggunakan agama sebagai wadah untuk menjeratku.
    Betapa kerdilnya aku waktu itu kerana tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil.
    Bermula keluar bersama rakan, kami akhirnya berani keluar berdua-duan. Subhanallah, betapa hinanya aku di sisi Allah pada waktu itu.
    Sehinggalah pada suatu hari, Rizal dengan beraninya menyatakan perasaannya padaku,
    "Lia, abang sangat sayangkan Lia, abang tak sanggup kehilangan Lia, boleh tak kita bertunang dulu, nanti semua orang tahu yang Lia milik abang seorang, bolehkan Lia?"
    Aku terkejut mendengar bicara dari Rizal, mana janjinya yang sanggup tunggu aku sehingga aku habis belajar.
    Aku tahu mak ayahku takkan setuju.
    Abang dan kakakku turut akan membantah. Aku cuba memujuk Rizal agar tidak meneruskan niatnya.
    "Abang, bukan Lia tak nak, tapi abang tahukan keluarga Lia, mereka nak Lia menggenggam ijazah terlebih dahulu sebelum Lia berkahwin. Sementelah, mereka tak pernah tahu tentang kewujudan abang dalam hidup Lia,"
    Aku berasa sangat berdosa kerana merahsiakan segalanya daripada pengetahuan ibu bapaku.
    Setiap kali balik cuti semester, aku dianggap gadis yang sangat menjaga pergaulanku dengan kaum Adam sedangkan tanpa pengetahuan mereka aku selalu keluar dengan Rizal.
    Mak, ayah, ampunkan anakmu ini.
    Masa terus berlalu. Makin hari aku semakin hanyut dengan kebahagiaan dunia. Tanpa aku sedari, Rizal mengambil kesempatan ke atas diriku.
    Sedikit demi sedikit aku mula rasa gembira kerana terasa disayangi, walhal tiada cinta yang sejati pun dalam hati Rizal buat diri ini.
    Aku mula mengabaikan pelajaranku, mula menjauhkan diri dari rakan-rakan yang menasihatiku dan mula membuat perkara yang bertentangan agama.
    Tanganku dibiarkan berada dalam genggaman lelaki yang tidak halal buatku.
    Pada mula-mula aku mengelak namun dek kerana hanyut dan alpa dengan cinta palsu, aku mula tidak mahu berpisah dengannya.
    Kami sama-sama menyulam cinta haram yang terasa indah di dunia.
    Aku nekad untuk terus berada di samping Rizal dan ingin menyatakan niatku untuk bertunang dengan Rizal pada cuti semester kali ini.
    "Mak, Lia nak cakap dengan mak sikit boleh tak?"
    "Ada apa Lia, mak tengok kau dah banyak berubah sejak balik ni, kau selalu bergayut dengan telefon, sampai jarang dah nak tolong mak kat dapur ni,"
    Aku tersentap dengan teguran mak.
    Aku selalu nak tolong mak kat dapur tapi sayang nak lepas mesej dengan Rizal.
    Kalau aku lambat balas, dia mesti merajuk, betapa bodohnya aku pada waktu itu kerana mendahulukan Rizal berbanding kedua ibu bapaku.
    "Mak, Lia dah ada pilihan hati Lia, dia nak masuk meminang Lia, waktu cuti ni,"
    Dalam takut aku gagahkan diri menyatakan niat di hati tanpa menelaah hati ibuku yang mungkin terguris dengan tindakanku. Ibuku sangat terkejut..
    "Praaaaaaaaaaaag!"
    Berkecai pinggan kaca yang makku pegang. Muka makku berubah dan sangat terkejut dengan permintaanku.
    "Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni, kau baru sangat kat Kuala Lumpur tu, mak hantar kamu suruh belajar, bukannya cari lelaki kat sana. Kenapa tak sabar sangat ni, Lia yang mak kenal dulu tak suka bergaul dengan lelaki,"
    "Mak, Lia sayangkan dia mak, Lia tak sanggup kehilangan dia,tolonglah mak, tolong beritahu ayah,"
    "Ya Allah, Lia, kau sedar tak apa yang kau cakap ni nak, kalau kau bertunang sekarang, macam mana dengan pelajaran kau? Kak Ngah dan Abang Cik pun tak kahwin lagi walaupun dah kerja. Kamu yang masih belajar ni, dah tak sabar-sabar nak berlaki. Kau cubalah cakap sendiri dengan ayah, mak tak sanggup."
    Batu besar bagaikan menghempap di bahuku. Pastinya ayahku tidak setuju sedangkan ibuku sendiri membantah. Aku mula memikirkan cara untuk memujuk ibuku. Malam itu juga aku berbincang dengan Rizal.
    Tut..tut.. cepat saja Rizal membalas mesejku.
    Rizal cuba bermain kata denganku. Dia sedaya upaya memujukku agar menjadi anak yang derhaka pada ibu bapa.
    Itukah yang diajar Islam dalam memilih calon suami?
    Namun aku lemah tersungkur pada perasaan sendiri yang tidak mampu memperjuangkan yang hak berbanding batil.
    Keesokannya, aku cuba utarakan lagi niatku pada ibu.
    Namun, di luar pengetahuanku, ayah terdengar perbualan kami, ayah sangat terkejut dengan permintaanku. Wajahnya bertukar merah.
    "Apa yang Lia cakap ni, ni ke yang Lia dapat lepas ayah dengan mak hantar Lia dekat Kuala Lumpur tu? Lia tak pernah rapat dengan mana-mana laki, sejak jauh dengan mak ayah, Lia dah jadi macam ni, kenapa Lia?"
    Aku gugup untuk meluahkan kata-kata. Namun kugagahkan diri untuk meluahkan demi kasih dan cintaku yang tidak bertepi buat Rizal.
    "Ayah, Rizal budak baik ayah, dia dah lama kenal Lia, kami sama-sama sayang dan Lia tak boleh kehilangan dia,"
    "Lia! Kenapa kau dah banyak berubah ni. Lia tak pernah membantah cakap ayah sebelum ni. Sejak kenal dengan lelaki tu, dah mula pandai bela dia ye,"
    Mak cuba menenangkan ayah yang sudah mula naik angin denganku.
    "Ayah, Lia sayangkan dia sangat-sangat, tolonglah setuju ayah. Lia nak restu daripada mak ayah je."
    Paaaaaang! Satu tamparan mengenai pipiku. Pertama kali dalam hidupku dapat tamparan dari ayahku. Aku benar-benar telah menguji kesabarannya.
    Aku terus berlalu meninggalkan ayah dan ibuku. Aku menangis tersedu-sedu sambil mengadu pada Rizal di dalam bilik.
    "Lia, jangan menangis sayang, kalau sayangkan abang jangan menangis ye, abang taknak dengar Lia menangis lagi,"
    "Habis Lia nak buat macam mana bang, mak ayah tak setuju dengan pertunangan kita,"
    "Lia sayangkan abangkan, dengar cakap abang baik-baik k,"
    "Apa dia bang,"
    "Lia tak nak kehilangan abang kan, Lia kemas barang Lia malam ni, abang datang ambik Lia malam ni, Lia keluar dari rumah tu, Lia taknak kehilangan abang kan,"
    Aku terkejut dengan permintaan Rizal. Subhanallah, aku berdepan dengan pilihan samada untuk memilih ibu bapa atau Rizal.
    Gerak hatiku ingin memilih mak ayah, namun hasutan syaitan lebih dahsyat, aku hanya mengiakan sahaja kerana terlalu ikutkan darah muda.
    Tanpa memikirkan hati mak ayah yang mungkin terguris dengan tindakanku, aku nekad mengemas barang untuk keluar rumah malam tu juga.
    Dalam keadaan terhenjut-henjut aku cuba keluar dari bilik yang sejak tadi aku kunci.
    Namun, dengan kuasa Allah, aku terserempak dengan mak di muka pintu dapur sewaktu mak baru sahaja ambil wudhu' untuk sembahyang.
    "Lia, Lia nak pergi mana ni dengan beg ni, tengah-tengah malam ni, Lia nak tinggalkan mak ayah ke? Lia sedar tak apa yang Lia buat sekarang ni?"
    Aku tersentap mendengar bicara emak. Pada waktu itu aku sangat buta dalam menilai kasih sayang mak dan ayah yang telah banyak berkorban buat aku selama ini.
    Mak menangis mengenangkan tindakan aku, mak merayu agar aku tidak meninggalkan rumah pada malam tu.
    "Lia, tolonglah jangan tinggalkan mak Lia, mak sayang sangat kat Lia, jangan buat mak dengan ayah macam ni nak,"
    Mak menangis tersedu sedan. Ayah yang sedang tidur terjaga mendengar tangisan emak, aku lantas bergegas keluar dari rumah agar tidak terserempak dengan ayah.
    Cinta yang terlalu agung buat Rizal telah membutakan hatiku dalam menilai kaca dan permata.
    Sedang aku berlari keluar dari rumah dengan dikejar oleh mak ayah, tanpa aku sedar, ada kereta yang laju dari arah bertentangan, kereta itu tidak sempat brek lalu mengenai batang tubuhku..
    Dumm....!
    Aku terdengar dentuman kuat lantas aku tidak dapat ingat apa-apa lagi yang berlaku disekelilingku. Segala-galanya menjadi hitam dan kelam.
    ..................................................................................................................
    Eh, aku kat mana ni, masjid? Ramainya orang dekat masjid ni? Subhanallah, cantiknya masjid ni, diperbuat daripada Kristal dan disadur dengan mutiara.
    Sangat indah. Inilah pertama kali dalam hidupku, aku melihat masjid yang sangat indah struktur binaannya.
    Semua jemaah memakai telekung putih manakala jemaah lelaki memakai jubah warna hijau. Ramainya orang..
    Aku mula masuk ke dalam masjid, tulisan khat yang sangat indah memenuhi ruang dalam masjid.
    Ruang yang sangat luas, besar dan maha indah. Aku terpukau dengan keindahan masjid tersebut.
    Aku mula ke satu ruang yang dipenuhi orang, tiba-tiba seorang wanita tua yang bersih wajahnya memberikan aku senaskhah Al-Quran serta senaskhah hadis, aku mula mengambilnya.
    Subhanallah, Quran itu sangat cantik. Aku tidak pernah melihatnya dijual di mana-mana kedai, betapa aku sangat beruntung pada hari ini kerana melihat peristiwa yang aneh lagi indah.
    Aku takkan lupakan saat itu. Aku mengangkat kepala untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tua tersebut, namun dia sudah berlalu meninggalkanku.
    Aku cuba mencari kelibatnya namun tidak jumpa.
    Lantas aku pergi ke suatu sudut masjid tersebut lalu aku membaca Al-Quran. Tiba-tiba ada seseorang yang mendekatiku lantas mengajarku membaca Al-Quran.
    Subhanallah, suaranya sangat merdu, sayu dan dia menangis sambil membaca Al-Quran.
    Betapa dia sangat memahami bacaannya. Aku sangat kagum dan berusaha untuk mencontohi sikapnya itu.
    Wanita itu sangat aneh kerana selepas sahaja mengajarku tadabbur Al-Quran dia berlalu sebelum sempatku memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
    Selepas sahaja selesai membaca Al-Quran, aku ingin pulang. Di tangan kananku ada Al-Quran manakala di tangan kiriku ada hadis.
    Aku satukan di tangan kanan lalu aku keluar dari masjid tersebut.
    Sepanjang berjalan, tiba-tiba aku melihat ada suatu bangunan yang sangat tinggi dan indah di hadapanku.
    Namun semua orang berpakaian hitam. Semua lelaki dan perempuan berpakaian hitam.
    Aku cuba masuk bangunan tersebut untuk melihat apa yang ada dalam bangunan tersebut.
    Setelah berasak-asak, akhirnya aku dapat masuk ke dalam bangunan tersebut. Bangunan itu sangat gelap dan kelam. Aku bagaikan buta kerana cahaya yang ada sangat sedikit.
    Aku cuba pegang kuat-kuat Al-Quran dan hadis di tanganku. Di tepi pintu utama kelihatan pemuda yang wajahnya sangat hodoh lagi menakutkan.
    Aku mula takut kenapa aku berada disitu. Aku melihat sekeliling bangunan tersebut dipenuhi tanda salib.
    Barulah aku sedar yang aku berada dalam gereja apabila aku lihat seorang paderi muncul di bahagian pintu masuk bangunan tersebut.
    Aku mula menangis. Aku sangat takut. Aku mula berasa bahang berada dalam bangunan tersebut.
    Aku cuba berjalan perlahan-lahan meninggalkan dewan tersebut. Dalam kesamaran cahaya, aku terlepas Al-Quran dan hadis dari tanganku. Aku cuba bertahan.
    Peluh mula menitik dari tubuhku sewaktu aku cuba mengambil Al-Quran dan hadis di belakang pemuda yang hodoh di tepi pintu tersebut.
    Aku berjalan terbongkok-bongkok dengan memegang kuat Al-Quran dan hadis tersebut.
    Aku sangat bernasib baik kerana wanita tua yang berwajah bersih tadi datang membantuku keluar dari bangunan yang sangat gelap tersebut.
    Tanpa kata, dia menarik tanganku keluar. Aku menangis teresak-esak dan badanku sangat menggigil mengenangkan saat cemas di dalam gereja tersebut.
    Sekali lagi, wanita itu berlalu tanpa aku sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.
    Aku mula berjalan meninggalkan gereja tersebut. Aku berjanji takkan menjejakkan kaki lagi ke sana. Aku mula berpatah balik ke masjid yang sangat indah tadi.
    Aku mula mengambil wudhu’ dan membaca Al-Quran dan hadis tadi. Aku sangat bersyukur kerana tuhan selamatkan aku sewaktu aku dalam kesulitan tadi.
    Betapa aku menangis mengenangkan besarnya kekuasaanNya yang telah menyelamatkan aku dari terpesongnya akidahku dari agama kristian.
    Sambil aku membaca Al-Quran, linangan air mataku tak henti-henti mengalir. Terima kasih Ya Allah kerana telah menyelamatkanku.
    ..................................................................................................................
    Sedikit demi sedikit mataku dapat melihat cahaya yang menyilau di sekelilingku, di mana aku berada? Kenapa aku ada kat sini? Kenapa ibuku sedang menangis?
    Kenapa adik beradikku semua ada kat sini? Benak kepalaku tidak dapat berfikir dengan baik.. Lantas, aku cuba mengangkat tangan tapi lenganku terasa sangat sakit..
    "Emak, Kak Lia dah sedar, dia dah bergerak,"
    "Lia, Lia dah bangun nak, mak sangat risaukan Lia,"
    Ibuku menangis teresak-esak di bahu ayahku. Semua mata memandangku dengan pandangan yang suram.
    Dengan suara yang tersekat-sekat aku cuba bertanya apa yang dah berlaku.
    Ibuku menceritakan satu persatu apa yang dah berlaku. Bagaimana aku boleh kemalangan.
    Rupanya orang yang melanggarku adalah Rizal, sekarang dia sedang ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.
    Aku mengucap panjang mendengar berita daripada ibuku.
    Rupanya Rizal mendekatiku hanyalah sekadar untuk mempergunakan diriku.
    Dia bertaruh dengan rakannya untuk mendapatkan aku. Dia hanyalah ingin mempermainkan diriku sahaja.
    Setitik demi setitik, mutiara jernih mula mengalir laju dari pipiku. Aku masih beruntung kerana hanya patah kaki dan tidak mengalami kecederaan yang serius.
    Aku memandang sayu ibu dan bapaku mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan pada mereka.
    Betapa aku terlalu mengagungkan cinta yang tidak halal buatku dan mengenepikan cinta ibu bapa yang kudus lagi suci.
    "Sabarlah Lia, jangan menangis lagi,mak dah ampunkan dosa Lia, anggaplah ini sebagai dugaan buat kita Lia,sabarlah nak,"
    Ibuku berusaha untuk memujuk, bibirku masih lesu untuk berkata-kata, masih lemah, ibuku faham apa yang ingin aku sampaikan buat dia dan ayahku.
    Aku menangis dalam pelukan ibu dan ayahku..
    "Maafkan segala kesalahan Lia mak ayah, ampunkan Lia,"
    ..................................................................................................................
    Sebulan selepas kemalangan tersebut, aku sudah mula berjalan dengan perlahan. Aku sudah dapat menunaikan solatku dengan sempurna tanpa perlu duduk lagi.
    Aku sangat bersyukur pada Ilahi kerana masih memberi aku kesempatan untuk bertaubat daripada segala dosa dan noda yang pernah aku lakukan.
    Tiap tiap malam, jika aku ada kelapangan, aku akan menunaikan solat sunat qiamullail, termasuklah solat sunat tahajud, solat hajat serta solat sunat taubat.
    Hatiku tidak dapat menahan sebak di saat mengadu kepada Yang Maha, betapa kerdilnya diri ini di sisi-Nya.
    "Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabatku, dosa muslimin dan muslimat.
    Kau panjangkanlah usia kami, Kau rahmatilah kami Ya Allah, Lindungilah kami daripada gangguan jin dan syaitan Ya Allah, masukkanlah kami dalam syurgamu Ya Allah.
    Kau berilah petunjuk dan hidayat kepada kami Ya Allah, serta janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.
    Ya Allah, diri ini hanyalah hamba yang lemah lagi hina, Kau suburkan cinta kami buatMu serta rasulMu. Bimbinglah hati kami ke jalanMu Ya Allah.
    Berilah kemanisan iman kepada kami Ya Allah. Hanya padaMu kumohon pertolongan Ya Allah. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kepada kami Ya Allah.
    Lapangkanlah hati kami, sucikanlah hati kami serta bersihkanlah jiwa kami Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalali wal ‘ikram.
    Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah.
    Sejak kejadian itu, aku sudah banyak berubah dengan bantuan daripada keluargaku, terutamanya kedua ibu bapaku, sahabatku serta guru-guruku.
    Aku sudah memaafkan kesalahan Rizal sementelah dia tidak pernah memohon maaf daripadaku. Lebih elok aku berlapang dada berbanding aku menyimpan dendam.
    Aku sudah mula merasai kemanisan daripada taubatku.
    Betapa jalan hidup yang aku pilih selama ini adalah jalan yang terpesong daripada akidah yang dituntut dalam Islam.
    Aku sangat bersyukur kerana Allah masih memberi aku hidayah untuk kembali ke jalanNya.
    Terima kasih Ya Allah ke atas keagunagan cinta yang Kau curahkan pada hati ini.
    Terima kasih juga kerana telah memberi mimpi yang menginsafkan diriku.
    Tidak sesekali aku lupakan mimpi yang memberi peringatan agar aku kembali ke jalanMu. Terima kasih Ya Allah.

    P/S: PETIKAN DARI I LUV ISLAM.COM