Saturday, August 20, 2011

20 RAMADHAN...

Assallammualaikum dan salam Ramadhan...

Hari ni genaplah 20 hari umat islam berpuasa dibulan ramadhan..Dan kita semua sudah hampir dengan 10 malam yang terakhir..Hmmmm...Cepat jer masa berjalan...dan hanya tinggal 5 hari jer lagi aku di putrajaya...hihihi...

Hari ni hanya aku n cik sue jer duduk kat rumah...K.mizan macam biasalah..balik ampang..Noriah pulak kerja petang minggu ni...Semalam kawan baik kami Keyra N Suhana datang rumah untuk bukak puasa bersama..huhuhu...best sangat...dan pagi tadi sempatlah mereka bersahur dirumah aku...siap gorengkan cekodok untuk makan sahur..huhuhu..Lepas sahur diorang ade hal masing2...Thanks Keyra N Suhana...i'm so happy n happy n happy n happy..hihihi...Terasa sunyi pulak bila diorang semua dah balik...

Malam ni adalah malam 21 kita semua menunaikan solat Terawih...hanya tinggal beberapa hari jer lagi...Semoga semua amal ibadat kita sepanjang Bulan Ramadhan diterima ALLAH swt....AMIN


Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/ mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi' (5472), ad-Dho'iefah (4404) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.

Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:
1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)
2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk
3) Tiada lontaran tahi bintang di langit
4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan
Kedua: Hadis riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:
Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.
Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:
5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah Malaikat yang turun ke bumi.

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Demikian tanda-tanda yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W untuk mengenali Lailatul Qadar. Semestinya setiap ummat meninggalkan dongengan para agamawan yang mencipta dan menokok tambah sesuatu yang tidak ada asalnya di dalam agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan Allah S.W.T memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang mencintai dan menghidupkan sunnah Rasul-Nya S.A.W.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ
الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ  سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ 
 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);S ejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[Surah Al-Qadr 97: Ayat 1-5]

No comments:

Post a Comment