Thursday, August 11, 2011

Rahmat 10 Ramadhan..

Hari ni aku nak cerita tentang 10 Ramadhan..Sebenarnyer aku nak berkongsi tentang Tazkirah yang ustaz berikan malam tadi sebelum menunaikan solat sunat terawih..

Semalam adalah 10 ramadhan persamaan 1/3 kita telah menunaikan ibadah puasa..Dan bila kita menunaikan ibadah puasa dengan sempurna hingga 1/3..ALLAH swt akan menurunkan Rahmat kepada kita semua yang telah menunaikan ibadah puasa dengan sempurna iaitu sepanjang kita menunaikan ibadah puasa kita melakukan ibadah yang lain jugak seperti mengaji,berzikir,bersedekah dan menunaikan solat terawih...dan banyak lagi pekara2 yang sentiasa mendekatkan kita dengan ALLAH swt..

Alhamdullillah..Sepanjang ramadhan ini,aku tidak ada sebarang halangan untuk menunaikan ibadah puasa dan solat terawih dengan  izin ALLAH swt...Dan aku berharap aku dapat meneruskan menunaikan ibadah puasa Dan Solat terawih tanpa sebarang masalah dan dugaan...AMIN.

*SEMOGA IBADAT PUASA KITA SEMUA DI BULAN RAMADHAN INI DIBERKATI ALLAH SWT*

No comments:

Post a Comment