Assallammualaikum…Hari ni genaplah seminggu kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan..Dan alhamdullillah aku dapat menunaikan ibadah puasa dan solat terawih tanpa ape2 halangan…Alhamdullillah jugak sebab aku dapat menunaikan solat terawih dari malam pertama hingga malam ke7..Aku merasai ketenangan selepas menunaikan solat terawih pada malam ke-7…Dan malam ni adalah malam ke-8..Dan aku amat bersyukur kerana diberi merasai kehebatan bulan Ramadhan kerana di beri petunjuk dan ketenangan walaupun di beri sedikit ujian dariNYA…
Hari ni aku cume duduk rumah dengan Sue..K.mizan Balik ampang..Noriah pun balik kampung jugak sebab bercuti selama seminggu..Sunyi sikit rasanyer…hihihi…petang ni ingatkan nak masak…dah boring makan makanan beli jer..biasalah balik kerja…dah penat..huhuhu…macam teringin nak makan ikan siakap..hihihi..nak masak stim tak pandai sangat..so masak siakap masak sup jer..
Aku teringin nak pergi bazar ramadhan kat putrajaya…Tapi tak der peluang lagi nak ke sana..mungkin seminggu sebelum nak raya aku akan pergi..sebab orang dah tak ramai..insyaallah..
Sabda Rasulullah;
إنَّ للصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً ما تُرَدُّ
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa : Ketika waktu berbuka- Adalah diantara doa yang tidak akan ditolak." [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]..
Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)…
P/S: Semoga doa2 aku adalah doa yang dimakbulkan..Hanya ALLAH swt maha mengetahui segalanya…AMIN..
No comments:
Post a Comment