Monday, March 12, 2012

KidZania

                                    Gambar seterusnya diakaun Flickr


Assallammualaikum…wowwwww…..KidZania…Terbaiklah….Macam nak jadi budak2 semula...hihihi…KidZania Kuala Lumpur kat the Curve ni satu taman tema khas untuk kanak-kanak untuk diorang mengalami pengalaman menjadi ‘dewasa’ tanpa bergantung pada ibu bapa!..

Kanak-kanak berumur 4 hingga 14 tahun boleh memilih untuk menjadi doktor bedah, juruterbang, tukang masak, ahli bomba, juru terbang, mekanik, model, pelukis, pelakon dan pelbagai jenis pekerjaan orang dewasa.Tapi waktu aku pergi dengan Aaron semalam…terpaksa kami tipu  diorang..Kami cakap umur aaron 4 tahun padahal aaron belum lagi 3 tahun…hahahhaa…

Budak2 ni mesti happy sebab dapat pakai costume lengkap apa saje jenis pekerjaan yang ada dalam Kidzania ..Diorang akan mendapat gaji setelah bekerja setiap pekerjaan yang diorang buat…dan boleh simpan duit gaji di atm bank atau terus membeli belah di Kidzania sahaja…

Memang best…Tak sabar nak pergi lagi sebab nak bawak haiqal n shahira…nak tengok apa pekerjaan yang diorang akan pilih nanti…dan diorang akan dapat belajar banyak pekara ..salah satunyer..diorang akan berdikari sendiri untuk mendapatkan wang…huhuhu….

No comments:

Post a Comment