Assallammualaikum... Dan selamat petang..
Huhuhu...ari ni adalah ari yang aku tunggu setiap minggu..ari sabtu n ari ahad..dah 2 minggu aku bekerja dan minggu ni aku hanya menghabiskan hujung minggu aku hanya dirumah...tido..makan..tido..makan dan tido dan tido....hahaha..nikmatnyerrr..tiada kedengaran suara yang sentiasa mencari salah aku dan unit aku di office..tiada suara yang sentiasa menjatuhkan maruah kami..tiada dan tiada lagi airmata yang akan jatuh..tapi hanya untuk hari ini dan esok...
Sampai bila?hanya ALLAH swt maha mengetahui..kadang2 hati aku tak kuat dan akan memberontak untuk mempertahankan hak..😔😂..dan aku tak tau apa akan jadi pada nasib aku dan unit Media di opiz tu nanti..bila kuasa di tangan manusia yang salah..dan sentiasa akan ada menjadi mangsa di tangan dia ..mungkin aku??mungkin mereka??dan mungkin mereka yang tidak bersalah..hmmm..😌..
Semoga ALLAH swt melindungi aku dan mereka..
I asked for strength..and ALLAH gave me difficulties to make me strong..i asked for love..and ALLAH gave me troubled people to help..i asked for favors..and ALLAH gave me Opportunities..Maybe i received nothing i wanted..but I received everything i needed..TQ ALLAH swt..
Saturday, October 12, 2013
Tuesday, October 8, 2013
H.A.T.I
Assallammualaikum...
Baru hari ni dapat tengok My Blog yang dah nak bersawang ni..hihihi.. Dah 7 bulan kot...
Hari ni tiba2 jer rasa nak menulis kat blog..Macam2 dah berlaku sepanjang 7 bulan ni.. suka dan duka aku tetap tempuh walaupun adakalanya aku terjatuh dan sukar untuk bangun semula...Tapi inilah kehidupan sebagai manusia.. :( ..
Sepanjang 7 bulan ni..aku kehilangan beberapa orang kawan..Kawan yang sanggup mendengar, menangis, ketawa, susah dan senang..dan mereka pergi adalah atas kewajipan yang perlu ditunaikan..dan aku harus kuat untuk perpisahan ni..dioranglah boyfriends aku.. :(.. aku tetap bersyukur kerana masih ada lagi kawan yang masih bersama aku..
Mungkin tahun ini adalah tahun aku untuk menjadi kuat dari segi emosi dan mental..Tapi tak mudah untuk kita menjadi yang sangat kuat...Untuk menjadi seorang yang sabar dan untuk kita menjadi redha dengan setiap apa yang berlaku..Tak kan semudah itu...
Menerima..kehilangan..hati..perasaan..kemarahan..kecewa..kebahagiaan..perpisahan dan air mata..Hanya ALLAH swt maha mengetahui...mungkin ada yang dari kesilapan aku sendiri...yang leka dengan pemberian sementara dariNYA..Dan mungkin aku terlalu mengharap...Dan jugak mungkin aku tak pernah menghargai sesuatu yang pernah ada dalam hidup ini...
hahahahaha....lawak pulak tulis macam ni...macam aku sorang jer yang ada masalah...semua orang ada masalah...cuma cara mengatasi jer berbeza..
Semoga aku dapat muhasabah diri dengan apa yang dah berlaku sepanjang hidup ni..
***Di suatu hari jalanan hidup ini..akan tempuh haluannya sendiri..Di sana nanti akan abadi..Kebahagian kekal untuk selamanya.....****

Wednesday, March 13, 2013
Terima Kasih ALLAH swt..
seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi
namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti
begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna
tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya
hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri
begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna
tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya
moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi
namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti
begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna
tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya
hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri
begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna
tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya
moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia
وَقَالُوا لَوْلَا يَأْتِينَا بِآيَةٍ مِّن رَّبِّهِ أَوَلَمْ تَأْتِهِم بَيِّنَةُ مَا فِي الصُّحُفِ الْأُولَى
Dan mereka yang kafir berkata: "Mengapa ia tidak membawa kepada kami satu tanda mukjizat dari Tuhannya yang membuktikan kebenarannya?" Bukankah telah datang kepada mereka berbagai-bagai keterangan dan khasnya Al-Quran yang menjadi kenyataan yang menerangkan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab yang dahulu?
Surah Taha ayat 133
Thursday, February 21, 2013
7 Syurga
Kumandang cinta bergema hingga kehati
Lafaz lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh
Rapuhnya aku Kau maha tahu
Pagi siang malam dunia yang kutuju
Saat kujatuh baru kusadar Kau lah segalanya
Tuhan kuangkat kedua tanganku
Sudikah Engkau menerima cintaku
Berdarah-darah akan kutempuh
Menggapai tarikat cintaMu
Tujuh surga pun aku tak pantas
Menerima diri yang bersimbah dosa
Kuharap cinta dan ampunanMu
Setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta
Wednesday, February 6, 2013
Tanah Merah Kelantan.
Salam..Jam 8 malam tadi aku telah selamat sampat di Tanah Merah Kelantan..Alhamdullillah..Esok pagi bermulalah misi kedua kami disini...Sampai2 jer terus cari hotel yang dekat dengan program ni..tak lah susah sangat nak cari kat sini..
Lepas siap solat jer..kami terus pi keluar cari makanan..ada pulak pasar malam..apa lagi..kami beli makanan kat pasar ni jer n bawak pi makan kat kedai makan..huhuhu..bosan pulak aku makan sorang2 jer nanti dalam bilik..
hmmmm...jam dah hampir pukul 2 pagi..esok aku dah kena mula kan misi ke 2..kena bangun pagi..harap2 senang lah aku nak bangun..huhuhu..selamat malam semua...

Monday, February 4, 2013
Jelajah anak Malaysia (Kedah)
Salam..tugas pertama aku Untuk Program Jelajah anak Malaysia ini adalah di Jerai,Kedah bersama Abg Saiful n fotografer Amirul...dan buat pertama kali yer aku akan tido sorang2 selama seminggu ....uwaaaaaaaa...dan malam ni kami akan bermalam di Titi hayun,Jerai...
Semoga Allah swt melindungi kami dan memudahkan segala urusan kerja sepanjang perjalanan ini...esok kami akan bergerak Ke Tanah Merah,Kelantan ...
Semoga Allah swt melindungi kami dan memudahkan segala urusan kerja sepanjang perjalanan ini...esok kami akan bergerak Ke Tanah Merah,Kelantan ...
Friday, February 1, 2013
Sabah...
Selamat Pagi Sabah ...wahhhhhh...hahaha...pagi2 dah kena bangun...bukan untuk shopping tapi kena kerja..kerja..kerja dan kerja di sabah...aku sampai ngam2 dah masuk waktu maghrib semalam...so tak sempat nak shopping apa2 pun ..campur penat lagi..makan malam n terus cari hotel n terus tido...hahaha
Orang kat sini pun peramah2...Aku pulak yang jadi pendiam....makanan pun sedap2...media2 kat sini pun semua ok2..senang nak bekerja dengan diorang...oklah..aku kena sambung kerja sebab dato wira dah sampai...abis kerja baru boleh shopping sikit2....huhuhu

Thursday, January 31, 2013
# KISAH PASANGAN KEKASIH YANG TERLANJUR #
Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki: I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. U diam je.. Jangan cakap apa-apa.
I pegang sikit je.. Boleh ye sayang??
Setahun selepas itu. . .
Wanita 1 : Sampai hati.. U tipu I.. Dulu U kata nak nak kahwin dengan I.. Tapi bila U dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang
senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..
Bukan macam U, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki
yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?
Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu, dulu.. Masa U nak,
macam-macam janji manis U bagi. Tapi sekarang U salahkan I?
Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji U je.. Tapi dah U bagi, I ambil laa. .
Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan U..
Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .
Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.
Lelaki: Sayang… I love U so much..
Wanita 2: Me too sayang..
Lelaki: I bertuah kahwin dengan U.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat U..
Lelaki: Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. U bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je.. Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin, I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?
Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26).
Firman Allah S.W.T: “Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Thursday, January 24, 2013
Salam Maulidur Rasul ...
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Subscribe to:
Posts (Atom)