Tuesday, October 8, 2013

H.A.T.I

Assallammualaikum...

Baru hari ni dapat tengok My Blog yang dah nak bersawang ni..hihihi.. Dah 7 bulan kot...

Hari ni tiba2 jer rasa nak menulis kat blog..Macam2 dah berlaku sepanjang 7 bulan ni.. suka dan duka aku tetap tempuh walaupun adakalanya aku terjatuh dan sukar untuk bangun semula...Tapi inilah kehidupan sebagai manusia.. :( ..

Sepanjang 7 bulan ni..aku kehilangan beberapa orang kawan..Kawan yang sanggup mendengar, menangis, ketawa, susah dan senang..dan mereka pergi adalah atas kewajipan yang perlu ditunaikan..dan aku harus kuat untuk perpisahan ni..dioranglah boyfriends aku.. :(.. aku tetap bersyukur kerana masih ada lagi kawan yang masih bersama aku..

Mungkin tahun ini adalah tahun aku untuk menjadi kuat dari segi emosi dan mental..Tapi tak mudah untuk kita menjadi yang sangat kuat...Untuk menjadi seorang yang sabar dan untuk kita menjadi redha dengan setiap apa yang berlaku..Tak kan semudah itu...

Menerima..kehilangan..hati..perasaan..kemarahan..kecewa..kebahagiaan..perpisahan dan air mata..Hanya ALLAH swt maha mengetahui...mungkin ada yang dari kesilapan aku sendiri...yang leka dengan pemberian sementara dariNYA..Dan mungkin aku terlalu mengharap...Dan jugak mungkin aku tak pernah menghargai sesuatu yang pernah ada dalam hidup ini...

hahahahaha....lawak pulak tulis macam ni...macam aku sorang jer yang ada masalah...semua orang ada masalah...cuma cara mengatasi jer berbeza..

Semoga aku dapat muhasabah diri dengan apa yang dah berlaku sepanjang hidup ni..

***Di suatu hari jalanan hidup ini..akan tempuh haluannya sendiri..Di sana nanti akan abadi..Kebahagian kekal untuk selamanya.....****







No comments:

Post a Comment