Friday, June 3, 2011

REJAB


Assallammualaikum….
Hmmm…Dalam sedar tak sedar kita dah masuk Bulan REJAB ..Seperti hidup kita juga..masa berjalan dengan cukup pantas..Dosa & pahala seiring dalam perjalanan hidup kita..Dan aku sebagai hamba yang terlalu lemah dan tidak sempurna..tidak lepas melakukan dosa2..Dalam sedar & tidak sedar..kadang2 hati aku terlalu lemah sebagai wanita..Tangan dan hatiku hari2 berlalu akan menjadi saksiNYA..Hanya ALLAH swt maha mengetahui ..Dan aku amat berharap dan berdoa semoga bulan Rejab ini dapat memberi petunjuk dan jalan yang benar pada diriku…Dan tutup pintu hatiku kejalan yang salah..Dan semoga aku dijauhkan dengan segala pekara yang dilarang oleh NYA..Semoga ALLAH swt ampunkan dosa2 aku selama ini…

Bulan Rejap adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah…Kemuliaan dalam bulan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya..Dan diMalam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)..Di Bulan Rejab jugak disunatkan berpuasa…Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan…Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Sama samalah kita memperbanyakkan doa kepadaNYA....

No comments:

Post a Comment