Tuesday, May 31, 2011

KETAM..







Ketam masak Sup…Wahhhhh…inilah kali pertama aku makan ketam..Noriah yang masak…ingatkan nak makan kuah jer tapi aku telah dipaksa oleh Cik Sue untuk makan…sebab Cik Sue yang tolong kupaskan untuk aku…TERBAIKKK..haahaha…K.Mizan N Noriah dah siap makan…aku makan lambat sikit sebab nak solat insyak dulu..kalau aku makan dulu..memang lambatlah nak solat nanti..sebab dah kenyang…hahaha
Mula2 takut nak makan..sebab aku tak pernah makan ketam…lepas Cik Sue kupaskan untuk aku N keluarkan isi2 ketam tu…aku pun makan slow2…hmmm…sedap jugak..rasa macam ikan pun ada…hahahaha…Sampai 2 ekor Cik Sue tolong kupaskan untuk aku…hihihi…

Lepas 10 minit…tekak aku dah rasa gatal2…Habis satu botol besar air sejuk aku minum…tapi tak hilang jugak gatal tu…aku minum pulak air kotak coklat…hmmm..lepas 10 minit..barulah ok ..hihihi… (Nasib baik tak masuk hospital)..Kerana Ketam…

Monday, May 30, 2011

Birthday Aaron Zulfaqar @ Ice Room Kota Damansara..


Happy Birthday my dear Aaron Zulfaqar!!!...Dah besar aaron..Cepat jer masa berlalu…Mak Teh pun dah makin tue…huhuhu..
Tahun ni akak aku sambut birthday aaron kat Ice Room kota Damansara…Itupun last2 minit akak aku buat..Jemputan pun tak ramai…Tapi semua family aku ada..sorang jer yang tak dapat datang..akak aku yang kat putrajaya jer..Die kena keja..kesian..hihihi…Tapi aku dah tapau banyak makanan untuk die semalam..siap hantar terus kat rumah die…hahaha…
Sebenarnyer akak aku suruh ajak kawan2 aku sekali..hmmm…tapi semua yang ajak..semua ada hal…biasalah hari minggu…banyak kenduri2 and dating2 ..Wahhh…Budak2 rumah aku pun semua tak der..Noriah macam biasalah..kena kerja…K.mizan N Sue Keluar…Dating kot…hahahha…kawan2 yang lain pulak ader hal masing2…
Hmmm…aku sorang2 jer dari putrajaya…takut jugak..sekarang ni kan macam2 kes ada…Tapi Alhamdullillah..aku selamat jugak sampai…Dan majlis pun berjalan dengan lancar…AMIN..

P/S : Semoga Aaron Zulfaqar menjadi anak yang Solleh.. :D

Monday, May 23, 2011

Al-FATIHAH..


Assallammualaikum...Ini adalah gambar mereka sebelum kejadian Tanah runtuh di Rumah anak2 Yatim dan Anak2 kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat..Hanya ALLAH swt maha mengetahui..Memang sayu dan sedih dengan apa yang telah berlaku...Tetapi ALLAH swt lebih sayangkan mereka...Kita hanya mampu bersabar dan redha dengan ketentuanNYA..Cuma cara mereka pergi amat sedih...Kebanyakan kanak2 yang terkorban...InsyaALLAH..syurga tempat mereka..Dan kita yang masih hidup ini hendaklah sentiasa bersedia untuk dijemput ALLAH swt...Cara dan bagaimana kita dijemput hanya DIA mengetahui...Semoga ALLAH swt mengapunkan segala dosa2 kita  yang masih bernafas di bumi ini...Dan diberikan kesedaran dan petunjuk dariNYA...Ajal maut dan jodoh semuanya ditanganNYA...AL-FATIHAH....

Sunday, May 22, 2011

ALAH swt sentiasa bersama kita..

http://www.youtube.com/watch?v=UOg4tII1OGw&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=kMbwxGpxU1o

http://www.youtube.com/watch?v=fUB-pZCD9EM&feature=related

Setiap Ujian pasti ada hikmah...dan Ujian itu adalah tanda ALLAH swt sentiasa bersama kita...Yakin lah ..sesungguhnya Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita yang sering melakukan dosa2 besar...Bertaubatlah sebelum pintu itu tertutup untuk kita...Semoga ALLAH swt ampunkan dosa2 aku dan menberi pentunjuk jalan yang benar...Dan jauhkan lah aku dengan kemaksiatan yang telah dilarang olehMU...Sesungguhnya hanya KAU maha mengetahui segala ape yang telah terjadi padaku sebagai hambaMU yang terlalu lemah...Wahai Tuhanku!!!Limpahkan HIDAYAH MU..Untukku dan kedua ibubapaku...Wahai Tuhanku!!Berkati aku & kedua ibubapaku..Wahai Ibu&Ayahku..Doakan semoga aku selamat DUNIA&AKHIRAT..

BIARLAH KESUDAHAN KITA DAN DIA DI SYURGA.

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.
Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.
Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.
Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.
Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.
Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.
Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.
Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.
Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.
Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.
Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat
Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.
Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.
Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.
Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.
Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.
Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.
Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.
Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.
Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.
Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.
Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.
Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.
Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.
Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.
Mempunyai peranan.
Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.
Banyak versi dan variasi.
Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.
Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.
Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.
Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.
Dia hamba, kita juga hamba.
Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

PADAMU TUHAN..AKU BERMOHON..DOSAKU MINTAK DIAMPUNKAN..KU IRINGI DOA..RAHMATILAH AKU..TEMPATKANLAH AKU DISISIMU...

Artikel iluvislam.com
.
.

Wednesday, May 18, 2011

Hatiku diBagan Lalang.. :(


Salam...hmmm...sedapnyer ikan siakap masak stim ni...hihihi...ni gambar waktu aku makan pertama kali kat Bagan Lalang...Kali kedua aku pergi..aku tak ambik gambar sangat..sebab nak makan jer.. :D..Aku memang suka pergi kat sini...tak tau lah kenapa...kalau aku ada kereta..memang hari2 aku datang sini..sebab nak makan ikan siakap masak stim jer (itu pun kalau duit ada)...hahahaha...

Kalau ikut hati dan perancangan aku ..hari ni aku nak pergi Bagan Lalang..Memang nak sangat..Dah lama aku rancang & kumpul duit...Tapi tak der rezeki untuk aku...kita hanya mampu merancang..ALLAH swt yang menentukan..mungkin lain kali...InsyaALLAH..:D

Rindu hatiku yang terpendam...

Kasihku..Pantaikan berubah..
Ku harap awan masih cerah..
Ku anyam rindu yang mencengkam ..
Ku pintal kasih ke dalam jiwa..

Ku susun perjalanan panjang..
Menuju hingga perhentian..
Doaku hasrat cinta kita..
Tak kan berdebu di tiup angin...

Thursday, May 12, 2011

HUJAN

Alhamdullillah...hujan jugak....AMIN...Hanya kuasa ALLAH dapat menentu segalanya...
 Dia hanya ingin menguji hamba2NYA...

Hujan2 ni makan cekodok dengan cendawan goreng kat Uniten tu mesti best... hihihi..macam2 lah aku ni...Hari tu nak ABC dengan Cendol...tapi dapat minum milo ais jer...tak per lah...balik nanti nak mintak cik sue buat kan cekodok lah...Tapi memang dari dulu lagi aku teringin sangat nak pergi kat Uniten tu...nak tengok orang jual2 kat sana...Tapi tak der rezeki aku lagi nak pergi sana..Mungkin lain kali kot..huhuhu...

Ape2 pun...Alhamdullillah...hujan jugak setelah lama kita mengalami cuaca yang amat panas... :D

ALLAH swt MAHA Mengetahui...

Seiring waktu berlalu..tangis tawa di nafasku...hitam putih di hidupku...jalani takdirku..
Tiada satu tersembunyi...tiada satu yang terlupa..segala apa yang terjadi...Engkaulah saksiNYA..
Kau yang Maha Mendengar...Kau yang Maha Melihat...Kau yang Maha Pemaaf...PadaMu hati bertaubat..

Kau yang Maha Pengasih..Kau yang Maha Penyayang...Kau yang Maha Pelindung..PadaMu semua bergantung.
Yang dicinta ’kan pergi..yang didamba ’kan hilang..hidup kan terus berjalan...meski penuh dengan tangisan..
Andai bisa ku mengulang..waktu hilang dan terbuang..andai bisa ku kembali...hapus semua pedih..
Andai mungkin aku bisa..kembali ulang segalanya..tapi hidup takkan bisa..meski dengan air mata..

 http://www.youtube.com/watch?v=Bei3xK65UT0