Thursday, January 6, 2011

Kesempurnaan Milik ALLAH swt..


Jika kita memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kita mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kita LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail itu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.Begitulah juga .

 Setelah kita memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGI kita. hendaklah kita MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kita meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama kita dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingat kita. ...

Jika kita menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUAN. ..Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kita menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kita cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kita memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu ISTIMEWA....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kita untuk menerimanya. ...akhirnya kita KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kita MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kita akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kita telah memiliki sepinggan nasi...yang kita pasti baik untuk diri kita.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kita berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kita tidak boleh memakannya. Kita akan MENYESAL..

Begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kita..MENYAYANGI kita. .. MENGASIHI kita. ..Mengapa kita berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kita akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kita juga yang akan MENYESAL...


Saturday, January 1, 2011

2011....

Salam..

Dalam sedar tak sedar... kita dah pun masuk Tahun 2011...Tahun yang meningkatkan umur kita...hahaha..Tapi apa ada pada umur...yang penting bagaimana keadaan & cara kita semasa hidup...Suka & duka kita akan lalui...Cuma cara dan keadaan yang membezakan...

2010...Banyak kenangan manis &Pahit...Bila dikenang setiap kenangan manis pasti kita akan melupakan setiap kenangan pahit...Pertemuan & Perpisahan...semua akan melalui...Cuma kita jangan terlalu mengikut perasaan...Fikir semula..kenapa ada pertemuan??dan mengapa ada pepisahan??...Kadang2 penyesalan sentiasa ade dalam diri aku...mungkin kerana setiap keikhlasan yang diberi dibalas kepalsuan...kepercayaan dibalas penipuan...tapi aku terima dengan redha kerana inilah takdir aku...dan aku tak kan salahkan orang lain...mungkin ader hikmah setiap aper yang telah berlaku...Setiap yang baik datang dari Allah...dan setiap yang buruk itu..datang dari aku sendiri...

Azam...Setiap hari adalah azam baru bagi aku..azam untuk aku lebih jadi yang terbaik dan tabah menempuh setiap dugaan &kesedihan...dan tahun ini ade 2 pekara yang harus aku tunaikan...InsyaALLAH...(biarlah aku sajer yang tau)hihihi...

25 tahun...hahahahaha..muda lagi kot....wahhhh...Memang dah ramai Tanya...Bila nak menamatkan zaman solo???hahaha..InsyaALLAH...kalau ramai yang mendoakan...aderlah jodoh nanti..,cume sekarang tak terfikir lagi untuk kearah itu...huhuhu..dan aku tumpang gembira pada kawan2 yang dah bertemu jodoh masing2...terutama kawan2 waktu sekolah dulu...walaupun tak semua majlis aku boleh datang...
Oklah...Kepada semua..Selamat tahun baru...2011...Semoga tahun ini adalah tahun yang lebih bermakna bagi kita semua...AMIN..

Monday, December 27, 2010

SKT @ Melaka..

Salam..

Wahhhhh...hari ni aku cuti..bestnyer...Banyak kerja nak buat jugak hari ni..paling penting kena basuh baju...banyak jugak baju nak dibasuh sebab semalam aku baru balik dari Melaka...3 hari disana...dan aku k.mizan,shazir & Yus adalah orang terakhir disana...hahahaha....

Aku sampai rumah dalam pukul 4 petang...K.su yang hantar...Jalan jem giler...biasa lah cuti2 ni...balik rumah semalam terus tido...lama jugak aku tido...nak kata penat kat melaka..tak lah sangat...mungkin penat duduk dalam kereta lama2...

3 hari aku di Melaka...boleh laaaa...sempat jugak makan ikan bakar orang melaka & ambik gambar kat pantai...aku pun tak beli ape2 pun kat sana..tapi adalah sikit beli udang kering...

Wednesday, December 22, 2010

Dari Penang 17/12/2010-19/12/2010

Salam....Alhamdullillah..ini kali ke2 aku sampai ke penang...kali ni pergi rombongan Bhg. IT untuk perkahwinan Cik Zahida yang diketuai oleh k.suzila....Paling best aku dapat bawak kawan2 aku yang lain..Suhana,kirah & Mashitah...Aku nak bawak suzana tapi die kena pergi anak bos die kawin..hmmm.. tak perlah...

Dalam bas masing2 duduk sorang2..hahaha..sebab tak ramai yang pergi...semua sekali dalam bas hanya 12 orang...oklah tu...Bertolak dari Putrajaya pukul 10.45pm..dan sampai pukul 3am...macam sekejap jer..sebab aku tido jer dalam bas.Aku,k.mizan,Sum,Kirah N Mashitah duduk sebilik...hahaha...oklah tu....

Inilah kenangan aku dan kawan2 aku di penang..Bukan senang nak dapat berjalan sama2...biasa lah masing2 bz dengan kerja....Tapi aku tak lah bz sangat..hahaha...





Kat sana tak banyak sangat kami shopping...Just jalan2 & ambik gambar jer...tapi sempat jugak kami pergi Sua Rasa kat sana...best jugak...time tu kami pergi tak ramai sangat orang...hahaha..Sepanjang kami di sana memang best...memang gelak jer sepanjang kat sana..makan kat kenduri Cik zahida pun best...ramai orang datang...( semua hidung mancung2)..huhuhu...

Hmmmm...sampai disini jer yang boleh aku tulis sebagai kenangan aku dan kawan2... :D

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432....


Assallammualaikum...
Dah masuk tahun baru Islam...hmmm....cepat betul masa berlalu...Tapi ape yang aku dah tunaikan kan sebagai seorang islam?sebagai Muslimah?hmmm....Hanya ALLAH s.w.t yang maha mengetahui...Kadang2  aku tak sedar setiap pekara yang mendatangkan dosa ada bersama aku...khayal dengan setiap nikmat yang ALLAH s.w.t berikan...sehingga aku tersedar semula setelah diberi ujian....hmmm...Dan setiap ujian itu ada hikmah  dan maksud tersendiri...hanya aku sahaja yang perlu muhasabah diri...Aku manusia biasa..tak lepas dari perasaan marah,sayang & Rindu...Kadang2 kita terlena dengan perasaan macam ni...hmmmm...Susah untuk dibahasa kan tentang perasaan...
Semoga tahun baru ini aku sentiasa diberi petunjuk dari ALLAH s.w.t....yang mana yang benar..yang mana yang salah...dan aku yakin ALLAH s.w.t sentiasa bersama aku....HIJRAH kan lah diri ini...

Hijrah itu PERNGORBANAN...
Hijrah itu PERJUANGAN...
Hijrah itu PERSAUDARAAN..
Hijrah itu membentuk PERPADUAN..

Monday, November 22, 2010

Hijrah kan lah hati ini...


Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan..Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya...Kita tidak boleh membina kebahagiaan atas penderitaan orang lain...Satu Penzahiran Rasa Jelas Dimata...Satu Lakonan dipentas Dunia...Kita akan menghargainya..Bila kita kehilangannya...Yang terguris tak nampak dimata..yang terhiris terluka...Semakin terungkap kepastian... Biarlah ku rela melepaskan...Berakhirnya satu penantian...andai itu yang tertulis & itu adalah jalannya..pergilah...Suratan @ Kebetulan....Hidup tak seindah yang kita janjikan..kerana kita hanya merancang....Reaksi EMOSI jangan dituruti kerana IMPLIKASInya tidak seperti yang diIMAGINASI…ALLAH swt Tak kan menguji seseorang hambaNYA diluar kemampuan...Kasihi orang yang kita kasihi sekadarnya..Mungkin dia akan menjadi orang yang kita benci suatu hari nanti...Bencilah orang yang kita benci sekadarnya..Mungkin dia akan menjadi kesayangan kita pada suatu hari nanti...Adakala DIA memberi sebelum sempat kita menadah
tangan...kerana DIA sangat mengerti keperluan hambaNya, adakalanya DIA
mengambil semula sebelum sempat kita bersedia...Kerana DIA ingin menguji
hamba-hambaNya…Kita harus sentiasa bersedia..Untuk menghadapi kemungkinan yang akan tiba..Kadangkala apa yang berlaku
Di luar kemahuan Kita...Renung diri kita..Cermin diri kita..Muhasabah diri kita..Tanya diri kita..Siapakah kita disisi ALLAH....2 Hati Mencintai Ilahi..Bergabunglah Jiwa Bersatulah Hati, 2 Jiwa 1 Cinta, 2 Jasad 1 Matlamat, Bila Cinta Kerana Allah...Berpisahnya Tidak Gelisah, Ukhwah Itu Indah Bila Terjalinnya Kerana Allah ANUGERAH DARI KEGAGALAN...Di suatu hari..Jalanan hidup ini..Akan ada haluannya sendiri..Disitu nanti akan abadi..Cinta kekal untuk selamanya...Most of our problem come from ourselves..Don't

blame others...Your life...your choice..


Tuesday, November 2, 2010

Detik waktu terus berlalu...


Detik waktu terus berjalan...berhias gelap dan terang..suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan...
Seribu mimpi berjuta sepi...hadir bagai teman sejati...di antara lelahnya jiwa...dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu...yang terindah dalam hidup..
Meski ku rapuh dalam langkah...kadang tak setia kepadaMu...namun cinta dalam jiwa...hanyalah padaMu..
Maafkanlah bila hati...tak sempurna mencintaiMu...dalam dadaku harap hanya...diriMu yang bertahta...
Detik waktu terus berlalu...semua berakhir padaMu...